Fatwa Salafi Sukan_keislaman

Salafi merupakan anak murid kepada Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid telah mengemukakan kenyataan terhadap beberapa soalan:

"Apakah peraturan dalam Islam mengenai bina badan? Adakah kita dibenarkan untuk membentuk badan seperti ahli gusti, selagi kita tidak mendedahkan dan ia baik untuk kesihatan dan pengamalnya?"

"Segala puji bagi Allah. Bina badan bertujuan dalam membentuk badan yang kuat dan perkasa, dimana ia penting dan tujuan yang bermanfaat. Sekiranya tujuan sukan tersebut dilakukan untuk menjadikan tubuh badan sasa dalam perjuangan ke jalan islam sebenar atau jihad, maka sukan tersebut disarankan diamalkan ke arah yang baik... Sekiranya untuk reakreasi dan mengekalkan kesihatan yang sihat, maka sukan tersebut dibenarkan. Sekiranya sukan itu melibatkan sesuatu yang haram seperti mendedahkan aurat pada bukan muhrim, meninggalkan solat, atau bercampur-gaul dengan perempuan secara bebas, maka ia adalah haram.Pada sesiapa yang melibatkan diri dengan sukan bina badan, tanpa menutup aurat, maka ia adalah haram. Walaupun lelaki auratnya dari pusat hingga ke lutut, auratnya hanya untuk wanita yang dinikahi secara sah sahaja, yakni, pendedahan aurat pada isteri yang dinikahinya saja. Pengamal sukan ini tidak dibenarkan juga melihat aurat individu yang lain.Sesetengah yang melibatkan diri dengan sukan ini bertujuan dengan kecintaan sifat bangga dan riak menunjuk tubuh badan yang berotot, sasa dan tegap.. dan lain-lain motif yang salah. Pada orang-orang yang percaya (beriman), wajar jauhi dari perkara-perkara tersebut dan perlu mencari jalan kearah kebaikan sifat dan sikap, rendah diri dan saksama.Apa yang mentaksubkan dalam menjadikan tubuh badan menjadi cantik, bukanlah sesuatu perkara yang patut diberi perhatian penuh. Apa yang dicari oleh Islam terhadap individu muslim adalah untuk mengekalkan tubuh dan kesihatan yang sihat dalam melaksanakan tugas keagamaan Islam, dalam menjalankan jihad kearah Allah, seperti mengerjakan haji.Tetapi dalam taksub menjalankan sukan dan menggangu sesorang Muslim dalam melakukan amal ibadah seperti solat, seperti melakukan sukan berjam-jam dan hingga melalaikan, tidak dibenarkan.Apakah tujuan individu Islam mencari dan membentuk tubuh perkasa seperti kerbau yang kuat, tetapi hati kecil dalam keimanan dan kesemua arah kebaikan? source: Islam Q&A

Fatwa Salafi mengenai boxing: